SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Lepong Balleh ditubuhkan pada tahun 1966 oleh majlis tempatan. Sekolah ini boleh dihubungi melalui jalan raya yang mengambil masa selama 30 minit dan melalui sungai yang juga mengambil masa selama 45 minit jika menaiki bot ekspress dari bandar Kapit. Sekolah ini di kelilingi oleh Sungai Balleh dan Sungai Melekun.
Tapak untuk mendirikan sekolah ini adalah kepunyaan oleh Encik Jayan iaitu seorang petani dari Rumah Jugo Nanga Melekun. Majlis tempatan telah membayar ganti rugi kepada Encik Jayan sebanyak RM 11000. Sebahagian besar daripada tanah tapak Sekolah ini adalah merupakan tanah perkuburan kaum Rajang . Nama sekolah ini diambil sempena Sungai Balleh. Perkataan ’Lepong ’ adalah bermaksud muara bagi masyarakat tempatan. Manakala nama asal bagi sekolah ini adalah SRK Nanga Melekun, Balleh Kapit. Selepas diambil alih oleh Kementerian Pendidikan, sekolah ini telah dikenali dengan nama SRK Lepong Balleh.
Guru Besar pertama yang mentadbir sekolah ini ialah Encik Baling seorang guru yang berbangsa Iban. Pada masa itu, sekolah ini hanya mempunyai 3 orang guru. Pada awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai 6 buah bilik kelas, sebuah dewan makan, sebuah dapur sekolah dan 2 buah rumah untuk guru. Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan di daftarkan pada tahun 1985. Murid-murid yang menuntut di sekolah ini kebanyakannya berasal daripada rumah panjang yang berdekatan serta kawasan perumahan di sepanjang Jalan Lepong Balleh.